Selebriti

“Banyak benda tak betul dicakap tentang mentor saya” – Asyraf Khalid

Datuk Wira Dr Azizan Osman sebelum ini.||PENYANYI nombor satu negara
- Diterbit 7 Jun 2022 9:27 AM MYT

“Biar Betul Anak Datuk K berguru dengan Scammer?”

Menurut usahawan dan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid, ayat itulah yang banyak kali beliau dengar sepanjang 3 tahun berguru dengan Datuk Wira Dr Azizan Osman (Doc).

Tegasnya, Dr Azizan merupakan guru dan mentor beliau dalam dunia perniagaan ini.

“Tapi apa yang orang cakap pasal Doc, banyak yang tak betul jadi saya rasa sebagai salah seorang usahawan yang beliau bimbing dan tranformasi, saya perlu untuk perjelaskan perkara ini.

“Doc sebenarnya adalah seorang jurulatih bisnes yang dah bantu banyak perusahaan kecil & sederhana (PKS) di Malaysia untuk capai jualan dalam jutaan ringgit,” katanya dalam akaun Instagram @asyrafkhalid hari ini.

ASYRAF Khalid bersama Tya Arifin ketika sesi 1 on 1 bersama Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman sebelum ini.

 

Baru-baru ini, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memuji golongan usahawan bimbingan RichWorks yang sentiasa menyokong antara satu sama lain untuk berjaya.

Pelantun lagu Biarlah Rahsia itu turut berkongsi rasa bangga apabila anak dan menantunya iaitu Asyraf Khalid serta Tya Arifin antara usahawan bimbingan Richworks yang berjaya dengan produk mereka.

PENYANYI nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza memuji golongan usahawan bimbingan RichWorks yang sentiasa menyokong antara satu sama lain untuk berjaya.

Doc pernah datang ke rumah dan berkongsi pengalaman dengan kami. Lebih bermakna apabila anakanda saya Asyraf dan Tya menjadi antara result yang nyata dan berada dalam kelompok titan.

Pastinya, ayahanda Datuk K sangat gembira dengan pencapaian mereka hasil bimbingan Dr Azizan. Terbaru Aazief juga sudah sertai jadi harap dia juga berjaya dan bukan main-main,” katanya berceloteh.

Tambah Asyraf, profil dibawah permentoran Titanium dengan sekitar 300 ahli bersama Spire dan EliteX berjumlah RM3.7 bilion.

“Saya salah seorang Titan Premier bersama isteri, Tya Arifin yang membawa jenama Mutyara Beauty selama 3 tahun terakhir, alhamdullillah bisnes berjaya untuk grow & sustain dalam keadaan ekonomi yang mencabar.

“Asbab bimbingan dari Doc yang sentiasa menyediakan kami untuk hadapi apa-apa situasi, kami dapat jadi seperti yang anda lihat hari ini.

“Antara jenama lain yang Doc bimbing yang juga merupakan ‘classmates’ saya seperti Sabella, Noir, PTTI, Faith Fluer, Eskayvie, Andalusia, Hasnuri, Nurraysa dan banyak lagi,” ujarnya.

ASYRAF dan isterinya Tya berasa bertuah mendapat bimbingan daripada mentor mereka Azizan Osman.

Asyraf memberitahu, antara pencapaian yang dilihat beliau sangat ‘power’ untuk PKS adalah Sabella yang berjaya buat jualan lebih dari RM100 juta untuk 2 tahun berturut-turut & Eskayvie yang sehingga Mei lalu saja dah mencapai lebih dari RM100 juta.

“Banyak lagi jenama lain atau pengasas yang sebenarnya asal dari zero yang Doc sudah bimbing sehingga menjadi terkenal malah ada juga bisnes yang dah lama, tapi stuck sebelum transformasi bahkan grow apabila belajar bersama Doc.

“Bagi saya bisnes ini memang tak mudah, tapi saya bersyukur Doc sentiasa ada untuk bantu capai apa yang saya nak capai. Jujurnya, saya ni adalah seorang anak murid yang tak bagus, tapi Doc tak pernah putus asa dan buat macam-macam proses untuk pastikan saya menjadi orang lebih baik malah pemimpin yang bagus.

“Hasil bimbingan Doc, saya rasa dunia sudah banyak berubah. Hari ini, hubungan saya dengan Allah, mak ayah, isteri, anak-anak & orang sekeliling adalah jauh lebih baik dari dulu. Perniagaan kita juga alhamdullillah, semakin dikenali dan dipercayai ramai orang,” katanya lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas