SEPANDAI-PANDAI tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah. Walaupun sudah setahun bermaharajalela mencuri air melalui penyambungan paip secara haram‚ akhirnya dapat dikesan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) ekoran aduan Air Selangor‚ yang mendapat maklumat daripada orang awam.
Bertindak atas aduan tersebut‚ SPAN memotong sambungan paip haram di tapak pembinaan projek pengangkutan awam di Taman Melati‚ Kuala Lumpur‚ baru-baru ini. Kes mencuri ini turut dikesan di Serendah‚ Selangor‚ juga di tapak pembinaan projek sama.
Kawan-kawan Kedai Kopi difahamkan air curi ini disalurkan ke rumah pekerja pembinaan untuk kegunaan mereka. Selain itu disimpan dalam tangki dan digunakan untuk tujuan pembersihan kenderaan yang keluar masuk kawasan pembinaan.
Kenapa mencuri? Bayangkan kegiatan ini sudah berjalan setahun. Sejumlah 175‚000 meter padu air dicuri di Taman Melati dan 75‚000 meter padu di Serendah. Kerugian yang ditanggung oleh Air Selangor mencecah RM410‚000.
Berasas kepada laporan sebelum ini‚ kegiatan mencuri air oleh kilang-kilang persendirian atau di kawasan perindustrian yang diketahui menggunakan banyak air untuk operasi.
Malah dilaporkan kegiatan mencuri air juga berlaku di rumah persendirian‚ antaranya membuat sambungan paip dengan memintas meter. Atau mengubah suai meter bagi mengurangkan bacaan. untuk menipu.