SEBANYAK 700 kotak Bakul Ihsan Madani disumbangkan kepada semua Cabang Wilayah Persekutuan Keadilan malam semalam bagi meringankan beban dalam menyambut perayaan Deepavali.
Sumbangan tersebut disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Azman sumbangan diharapkan dapat meringankan beban masyarakat India yang akan menyambut perayaan Deepavali tidak lama lagi.
“Semoga ia dapat menambah keceriaan pada masa perayaan. Ini menujukkan bahawa Kerajaan Madani prihatin dan membuat apa yang boleh untuk rakyat,” katanya.
Program penyerahan sumbangan Deepavali peringkat Wilayah Persekutuan itu merupakan anjuran Majlis Pimpinan Negeri PKR Wilayah Persekutuan.
700 kotak Bakul Ihsan Madani itu terdiri daripada barangan makanan dan keperluan menjelang perayaan Deepavali seperti tepung, beras, minyak masak dan lain-lain. – WILAYAHKU