Seperti yang diramal, peserta Azzam Sham muncul sebagai juara Big Stage 2020 yang berakhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putarajaya sebentar tadi.
Kemenangan Azzam atau mama sebenarnya Muhammad Azzammuddin Lop Hisham,23, membolehkannya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Naib Juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi pula disandang oleh Usop yang dianggap antara pesaing paling dekat kepada juara.

Manakala Qody pula diumumkan pemenang tempat ketiga dan meraih hadiah wang tunai RM25,000 serta trofi.
Tempat keempat menjadi milik penyanyi Dinie Rashid manakala finalis terakhir Fadh Majid mendapat tempat kelima.
Konsert akhir Big Stage 2020 yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Al Hadad menampilkan juri tetap Faizal Tahir, Ajai dan Dayang Nurfaizah.
Manakala juri jemputan pula adalah Misha Omar dan Presiden Netizen, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Lina Pom Pom.
Big Stage 2020 turut menyaksikan tiada penyertaan dari peserta luar negara sepertimana musim yang sebelumnya serta menampilkan tema baru iaitu Dimensi Berbeza Big Stage 2020 Pada Skala Norma Baharu – WILAYAHKU