SYARIKAT Asian Supply Base (ASB) Labuan memperoleh pensijilan ISO 37001-2016, Sistem Pengurusan Anti Rasuah oleh SIRIM QAS International Sdn Bhd baru-baru ini.
Majlis Penerimaan sijil ISO 37001-20176 itu disampaikan Senior Key Account Manager, Ahmad Faizal mewakili SIRIM QAS International kepada Ketua Pegawai Eksekutif ASB, Datuk Jaafar Estaban sempena Sambutan Hari Integriti.
Menurut Jaafar, pengiktirafan ini membuktikan komitmen ASB dalam menegakkan integriti dan mematuhi garis panduan tatacara ditetapkan SPRM.
“Penganugerahan ini dapat meningkatkan keyakinan pelanggan serta pihak berkepentingan terhadap ASB.
“Selain itu, ia merupakan komitmen berterusan ASB dalam mempromosikan integriti dan govenans yang baik,” katanya.
Ujarnya, ASB dalam usaha membangunkan Pelan Anti Rasuah (ASB-ACP) melibatkan kerjasama wakil setiap jabatan.
“Pelan ini diharap dapat meningkatkan lagi kecekapan operasi sekali gus memastikan segala urusan dijalankan dengan telus dan bebas dari unsur rasuah selaras dengan keperluan perundangan,” katanya.