Berita

Apa sahaja demi kopi

Freelancer asian businesswoman tired after working coffee shop her sleeping on workplace table near windows and hourglass at evening with digital laptop computer and coffee break
- Diterbit 2 Ogos 2024 11:50 AM MYT

Oleh SABRINA SABRE & DIANA AMIR

BAGI sesetengah individu, segelas kopi bukan sekadar rasa pahit tetapi lebih daripada itu memandangkan setiap biji kopi itu memberi pengalaman yang berbeza dan memberi kepuasan.

Penggemar kopi, Syazwani Zulkapli, 35, berkata pada mulanya dia menikmati kopi untuk mendapatkan tenaga namun apabila ada yang berkongsi tentang biji kopi serta ‘tastenotes’nya menjadikannya lebih teruja.

“Bagi penggemar yang betul-betul mengamati rasa kopi itu akan rasa fruity, nutty, spice daripada biji kopi yang digunakan. Jangan terkejut ada kopi yang ada aftertaste durian atau serai. Itu baru pasal tastenote.

“Banyak sangat pengalaman atau pengetahuan pasal kopi ini yang buat kita rasa, kita nak tahu lebih mengenainya dan bukan sekadar minum sahaja,” ujarnya.

Berkongsi lanjut, Syazwani yang merupakan seorang kerani berkata setiap bulan dia akan menghabiskan kira-kira RM300 hanya untuk pembelian kopi sahaja.

Berlainan pula dengan Amirah Azmi, 29, yang mengakui dia seorang yang sangat sensitif terhadap kafein.

“Meskipun ia tidak mengancam nyawa namun apabila saya minum kopi, akan membuatkan jantung saya berdebar-debar, sakit kepala, serangan panik dan juga perubahan emosi seperti kemarahan atau kemurungan.

“Oleh kerana itu, saya akan elak
untuk ambil minuman tersebut walaupun ia menjadi kegemaran ramai serta dikatakan mampu memberi tenaga,” ujarnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas