Oleh SYUQQREE DAIN
BAGI mereka yang meminati dunia automotif, sudah tentu acara terulung Custom & Counter Culture iaitu Art Of Speed (AOS 2024) amat ditunggu bagi menyaksikan ratusan koleksi kereta serta motosikal yang diubah suai.
AOS 2024 kali ke-13 yang berlangsung selama dua hari di Malaysia Agro Exposition Park‚ Serdang (MAEPS) pada 27 dan 28 Julai lalu merupakan acara kenderaan kategori kustom terbesar di Malaysia.
Ia mendapat sambutan luar biasa dengan menampilkan lebih banyak aktiviti menarik di ruang pameran tertutup seluas 452‚084 kaki per segi dan ruang luar seluas 8.6 ekar.
Antara aktiviti yang disediakan adalah Pameran Hot Wheels‚ Pertandingan Kustom Hot Wheels serta Test Ride Zone. Bagi penggemar muzik pula‚ dihiburkan dengan Konsert SoundCircus Takeover yang menampilkan kumpulan muzik terkenal Spider‚ Gerhana Ska Cinta‚ Salammusik dan banyak lagi.
AOS 2024 turut membawa Kempen Stop The Violence bagi meraikan cinta tanpa benci dan perpaduan tanpa sempadan. Mesej tersebut bertujuan memberi kesedaran kepada orang awam berkenaan insiden keganasan yang menimpa pemain bola sepak tempatan serta seiring dengan kempen bebas Palestin.
Objektif utama penganjuran festival itu adalah untuk mencipta acara dengan dasar dan cara yang betul dalam ruang selamat‚ selesa dan inklusif dari segi kandungan dan aktiviti selain mengumpul peminat-peminat di bawah satu bumbung meraikan segala perkara berkaitan seni‚ gaya hidup‚ budaya serta permotoran.
Lensa: