Berita

Anwar teruskan lawatan rasmi dua hari ke Republik Kyrgyz

Kredit: PMO
- Diterbit 15 Mei 2024 11:37 AM MYT

SEJURUS menamatkan lawatan rasmi ke Qatar, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan lawatan rasmi ke Republik Kyrgyz, sebuah negara di Asia Tengah selama dua hari.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar yang diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hassan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata lawatan tersebut adalah dalam usaha mengukuhkan hubungan selain mengintai peluang kerjasama baharu antara kedua negara.

“Sayugia, Republik Kyrgyz ini adalah negara pertama dikunjungi dalam kerangka lawatan ke Asia Tengah yang turut meliputi Kazakhstan dan Uzbekistan.

“Beberapa program rasmi dan tinjauan mesra telah diatur sepanjang lawatan ini sebelum saya dan delegasi berlepas ke destinasi berikutnya iaitu Kazakhstan,” katanya.

Dalam lawatan ke Qatar, beliau telah dijemput menyertai Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 dan pertemuan bersama Presiden Poland.

Selain itu, Perdana Menteri turut merasmikan kampus luar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga merupakan Universiti Awam negara yang pertama membuka cawangan di luar. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas