KEPENTINGAN membina sebuah negara hebat adalah melalui lonjakan prestasi perkhidmatan awam yang lebih baik dan cekap, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ujar beliau, cabaran tersebut harus disambut penjawat awam dengan menterjemahkannya kepada perkhidmatan berkualiti untuk rakyat, umpamanya tidak perlu menunggu giliran atau kelulusan yang terlalu lama seperti sebelum ini.
“Hubaya, amalan tatakelola yang baik mampu menjadi pemangkin kejayaan dan mencetus reformasi perkhidmatan awam sekali gus memperbaiki kelemahan sedia ada.
“Buanglah sifat gelojoh dan cemburu antara satu sama lain, sebaliknya perbaiki prestasi dan diri sendiri dengan bertiwikrama dalam meningkatkan mutu perkhidmatan awam demi kemajuan negara kita,” ujar beliau menerusi hantaran ringkas di Facebook. – WILAYAHKU
[Iklan]