Berita

Anwar sokong usaha baik pulih rumah ibu tunggal

- Diterbit 3 Februari 2025 1:05 PM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendukung usaha untuk membaik pulih rumah seorang ibu tunggal yang mempunyai lima orang anak.

Usaha beliau tersebut dipanjangkan dengan penyampaian sumbangan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi semalam.

“Kunjungan saya ke Kampung Chengal Lempong, Kuantan, Pahang telah membawa saya bertemu dengan seorang ibu tunggal yang mempunyai 5 orang anak, Puan Rosmawati.

“Saya hadir untuk melihat sendiri keadaan rumah keluarga beliau yang memerlukan usaha baik pulih kepada bahagian atap, lantai dan dinding rumah beliau yang sudah rosak teruk.

“Alhamdulillah dengan dukungan Anwar usaha untuk membaik pulih rumah Puan Rosmawati telah dirangka untuk pelaksanaan,” katan Ahmad Farhan di Facebook.

Beliau turut menyerahkan bantuan wang tunai dan bakul makanan daripada Perdana Menteri.

“Semoga Puan Rosmawati sihat sentiasa dan semoga bantuan ini dapat membantu beliau menjalani kehidupan dengan lebih selesa,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas