Berita

Anwar sampaikan sumbangan kepada Ali XPDC

- Diterbit 20 Mac 2024 4:48 PM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada penyanyi lagenda Ali XPDC yang menderita penyakit paru-paru sehingga menyukarkan beliau untuk terus berkarya dalam dunia seni.

Menerusi hantaran di laman Facebook Perdana Menteri, Setiausaha Politiknya, Farhan Fauzi mewakili beliau telah menziarahi Ali XPDC di kediamannya di Bandar Salak Tinggi.

“Saya juga difahamkan saudara Ali dan keluarga hanya bergantung harap kepada jualan produk maruku yang dihasilkan oleh isterinya.

“Bagi meringankan beban beliau dan keluarga, saudara Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya,” katanya.

Perdana Menteri juga mendoakan Ali XPDC dikurniakan afiyah serta diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, Insya-Allah.

“Bagi yang berminat untuk membeli maruku hasil usaha isteri saudara Ali, boleh hubungi ‪+60 11‑7070 0885‬ (Sharifah),” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas