PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaannya kepada Tan Sri Mohd Zuki Ali yang bersara sebagai Ketua Setiausaha Negara semalam.
Beliau berterima kasih atas perkhidmatan dan bakti yang dicurahkan Zuki dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun.
“Terima kasih, moga terus sukses dalam perjalanan hidup seterusnya dan diberkati Yang Maha Esa,” katanya di Facebooknya.
Dalam pada itu, Anwar turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar yang bakal memulakan tugas sebagai Ketua Setiausaha Negara pada Isnin depan.
Beliau berkata dasar-dasar kerajaan terus dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
“Hatta menyumbang kepada pembangunan serta kejayaan negara,” katanya.
Zuki, 62, mula memegang jawatan sebagai KSN pada 31 Dis 2019 dan dilantik semula secara kontrak selama dua tahun berkuat kuasa dari 11 Ogos 2022 hingga 10 Ogos 2024. – WILAYAHKU