Berita

Anwar lakukan kunjungan terhadap Keir Starmer

- Diterbit 16 Januari 2025 10:55 AM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kunjungan terhadap rakan sejawatnya, Perdana Menteri Britain, Keir Starmer seterusnya mengadakan mesyuarat dua hala bagi memperkukuhkan lagi hubungan kedua-deua negara.

Katanya, menerusi mesyuarat tersebut, kedua-dua pemimpin itu senda dan sepakat untuk meningkatkan kerjasama strategik lebih erat dan rapat dalam bidang pendidikan, ekonomi, pertahanan, tenaga, dan kecerdasan buatan dan turut membincangkan penyelesaian isu Gaza.

“Hal-hal yang dibincangkan ini akan seterusnya dibawa ke peringkat menteri masing-masing bagi tujuan pelaksanaan yang lebih teratur dan tersusun.

“Memandangkan ini adalah lawatan ke negara Eropah pertama selaku Pengerusi ASEAN, saya menggunakan kesempatan yang ada bagi menyatakan kesediaan Malaysia untuk menerima lebih ramai pelabur sekaligus membentuk sinergi ekonomi baharu,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

Anwar dalam rangka lawatan kerja ke UK dan akan ke Belgium dan Davos bagi menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF).-WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas