KONFLIK Palestin-Israel antara yang dibincangkan Malaysia dengan Liga Muslim Sedunia di sini, malam tadi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membincangkan perkara itu dengan Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia Sheikh Dr Muhammad Abdulkarim Al-Issa semasa mengunjungi pejabat liga berkenaan di sini.
Selain itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mencadangkan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif ASEAN-GCC) (CEPA) untuk memaksimumkan potensi ekonomi kedua-dua rantau itu.
Menurutnya hubungan ASEAN-GCC kini semakin berkembang kukuh sejak kali pertama ia terjalin secara rasmi pada 1990. – BERNAMA