Berita

Anwar arah KKDW segerakan projek infrastruktrur rakyat

YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim makan tengah hari di Restoran Kak Yan Nasi Campur di Kampung Padang Gaong dan seterusnya menunaikan solat jumaat di Masjid Al Hana Kuah, Langkawi, 27 Disember, 2024. - SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri NO SALES; NO ARCHIVE; RESTRICTED TO EDITORIAL USE ONLY. NOTE TO EDITORS: This photos may only be used for editorial reporting purposes for the contemporaneous illustration of events, things or the people in the image or facts mentioned in the caption. Reuse of the pictures may require further permission. MANDATORY CREDIT - SADIQ ASYRAF/Prime Minister’s Office of Malaysia
- Diterbit 13 Mac 2025 8:00 PM MYT

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) untuk menyegerakan projek-projek infrastruktur asas rakyat.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata ia antaranya melibatkan infrastruktur asas seperti jalan, bekalan elektrik, bekalan kemudahan solar, bekalan air, jalan perhubungan desa, program ameniti sosial dan projek perumahan rakyat sejahtera di luar bandar.

“Pelaksanaan projek-projek ini perlu dipantau rapat secara menyeluruh, tepat dan terkini untuk dilaporkan kepada Menteri dan seterusnya kepada Kabinet agar isu-isu berbangkit dapat diselesaikan segera.

“Saya turut tekankan keperluan KKDW mengutamakan bidang STEM untuk pelajar luar bandar, selain meminta agensi kementerian melaksanakan langkah proaktif dan menetapkan garis masa dan tempoh latihan yang bersesuaian secara berkesan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Khamis.

Terdahulu Anwar menekankan perkara itu ketika mempengerusikan mesyuarat bersama pimpinan kementerian yang diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga merupakan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas