Berita

Anifah Pengerusi Perbadanan Labuan baharu

- Diterbit 25 Jun 2023 11:56 AM MYT

SENATOR Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan yang baharu bagi tempoh dua tahun mulai 19 Jun 2023.

Menurut kenyataan Perbadanan Labuan, pelantikan tersebut selaras dengan perenggan 5(1)(a) Akta Perbadanan Labuan 2001 [Akta 609].

“Semoga melalui kepimpinan serta kredibiliti yang dimiliki Senator Tan Sri Anifah Aman yang mempunyai pengalaman luas di pelbagai peringkat negara dan antarabangsa dapat memperkasakan lagi tadbir urus Perbadanan Labuan.

“Selain itu, dapat membawa Perbadanan Labuan untuk terus cemerlang dan mencapai misi yang direncanakan ke arah menjadikan Wilayah Persekutuan Labuan mampan dan sejahtera menjelang 2026,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Perbadanan Labuan turut memaklumkan Datuk Bashir Alias dilantik sebagai Pengerusi Penasihat Perbadanan Labuan mulai 19 Jun 2023.

“Pelantikan tersebut selaras dengan perenggan 5(1)(a) Akta Perbadanan Labuan 2001 [Akta 609].

“Dengan kemahiran dan pengalaman sebelum ini pernah menerajui Perbadanan Labuan sebagai Pengerusi PL dapat meneruskan kecemerlangan PL selaras dengan inspirasi rakyat.

“PL meletakkan harapan agar beliau dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah dan itizam dalam menjulang nama Labuan agar terus gemilang,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas