ISTERI kepada raja pop negara, Datuk Jamal Abdillah iaitu Datin Zai Izzati selamat melahirkan bayi lelaki mereka petang ini di sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak.
Anak keempat Jamal yang diberi nama El Issac Yamani dilahirkan pada tarikh istimewa hari ini (11.11.2020).

Menurut Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali,61, El Issac Yamani sudah mempunyai nama timangan iaitu Zack bersempena nama karakter Jamal dalam filem Azura yang pernah menaikkan nama Jamal sekitar tahun 1980-an.
Zai Izzati dijangka melahirkan anak pada 17 November namun pasangan bahagia ini sepakat untuk melakukan pembedahan kelahiran pada 11 November (hari ini) kerana tarikhnya yang sangat istimewa dan senang diingati.
Selain Zack, anak ketiga Jamal iaitu Nur Azura Yamani juga dilahirkan pada tarikh yang istimewa iaitu 10.10.2019.
Sebelum ini, Jamal juga memiliki dua anak iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13, hasil dua perkahwinan terdahulu. – WILAYAHKU