Berita

Amaran hujan berterusan tahap buruk, waspada hingga Rabu

Gambar hiasan
- Diterbit 9 Disember 2024 10:56 AM MYT

JABATAN Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada di tujuh negeri terutama di pantai timur sehingga Rabu ini.

Menurut jabatan itu, amaran hujan berterusan tahap buruk membabitkan Dungun dan Kemaman di Terengganu selain Pahang meliputi Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Amaran hujan berterusan tahap waspada pula dijangka berlaku di Perlis selain di Kubang Pasu, Alor Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling di Kedah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

METMalaysia menambah, amaran sama turut meliputi Hulu Perak di Perak selain Kelantan.

Tempat-tempat lain katanya adalah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu serta di Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera).

Jelas METMalaysia, di Johor pula ia meliputi kawasan Segamat, Mersing dan Kota Tinggi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas