USAHAWAN dan selebriti sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Shahida meluahkan rasa syukur apabila dapat melunaskan tanggungjawab mereka sebagai Muslim dengan membayar zakat perniagaan kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).
Menurut Shahida atau nama lengkapnya Nur Shahida Mohd Rashid, 39, tujuannya memuat naik video tersebut bukanlah berniat untuk riak atau membangga diri sebaliknya menjadikan motivasi kepada orang ramai agar menjalankan kewajipan membayar zakat.
“Bukan niat nak meriak atau bangga diri. Tetapi sesungguhnya ia bertujuan sebagai pemangkin atau memberi semangat kepada individu atau Syarikat yang mempunyai lebihan pendapatan untuk sama sama memberi zakat buat mereka yang sangat sangat memerlukan.
” Ingat keberkatan setiap sen yang mengalir itu sangat mustahak. Jesteru mari lah menyumbang kepada Lembaga Zakat di atas setiap hasil keuntungan yang kita jana.
Sementara itu, Aliff atau nama lengkapnya Aliff Syukri Kamarzaman, 37, jumlah yang dibayar itu adalah hasil keuntungan daripada perniagaannya.
“Doakan supaya perniagaan saya semakin maju selepas ini. Bila maju, lebih banyak duit yang boleh saya berikan lagi untuk zakat perniagaan saya di masa hadapan.
Selain Aliff Syukri dan isteri, pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal dilihat turut hadir di majlis penyerahan zakat perniagaan yang berlangsung di PKNS Shah Alam. – WILAYAHKU