Berita

Akta kawalan produk merokok, vape berkuasa kuasa 1 Oktober ini

- Diterbit 25 September 2024 9:36 AM MYT

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) akan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) bermula 1 Oktober ini.

Menurut kementerian tersebut, ia merangkumi peraturan pendaftaran, penjualan, pembungkusan, pelabelan dan larangan merokok di tempat awam.

“Peraturan dan perintah yang bakal dikuatkuasakan ini termasuk rokok elektronik,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Akta 852 diwartakan pada Februari lalu adalah dalam usaha mengekang penggunaan produk tembakau serta mengurangkan kemudaratan akibat merokok dan penggunaan lain-lain produk tembakau termasuk rokok elektronik atau vape.

Kajian Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia 2023 menunjukkan peningkatan peratus pengguna rokok elektronik atau vape yang amat ketara terutama dalam kalangan orang dewasa yang berusia kurang 50 tahun, sangat membimbangkan dan memerlukan tindakan yang tuntas. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas