AJINOMOTO Malaysia Berhad (AMB) menganjurkan Kempen Bersahur Bersama Seri-Aji 2024 di 20 lokasi Projek Perumahan Rakyat (PPR) berbeza di sekitar Lembah Klang sepanjang 14 Februari hingga 9 April depan.
Menurut AMB, kempen itu bertujuan bertujuan merevolusikan penyediaan sahur menjadi pengalaman berharga, cepat dan melazatkan sepanjang bulan Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Selain itu, tambahnya, ia mampu meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan bersahur pada bulan Ramadan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat.
“Objektif utamanya termasuk menggalakkan pemakanan seimbang, mempromosikan konsep sahur yang ringkas, dan menekankan keseronokan bersahur bersama keluarga.
“Semasa kempen ini, AMB juga akan mengedarkan pek produk yang dapat memberi manfaat kepada 25,000 isi rumah.
“Kami berharap dengan langkah ini dapat meningkatkan kesejahteraan penduduk dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan sahur dengan pilihan hidangan yang seimbang dan ringkas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, kempen tersebut dengan slogan ‘Konfem Senang, Konfem Sedap’ menyediakan pelbagai hadiah menarik bernilai RM20,000 dalam peraduan Beli dan Menang untuk para peserta.
“Hadiah termasuk hadiah utama Bar Emas seberat 5g untuk lima pemenang bertuah, berserta hadiah mingguan TnG e-Dompet bernilai RM11,000 secara keseluruhan.
“Penyertaan adalah mudah dengan hanya beli produk Seri-Aji bernilai RM6 sudah melayakkan anda untuk menyertai peraduan. Layari smartcooking.com.my untuk maklumat lanjut,” ujarnya.
AMB turut memberitahu, pada masa sama, terdapat beberapa aktiviti menarik yang akan dianjurkan di PPR Seri Alam Fasa 2 dan Dewan PPR Lembah Subang 2 iaitu demonstrasi masakan secara langsung, pengedaran makanan, permainan, aktiviti seni pasir dan cabutan bertuah. – WILAYAHKU