PRESIDEN dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB) Ahmad Zulqarnain Onn dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuatkuasa 19 Februari 2024 yang menggantikan Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, yang telah dilantik sebagai Menteri Kewangan II.
Ahmad Zulqarnain memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Harvard mempunyai pengalaman luas dalam bidang korporat yang dan telah memegang beberapa jawatan penting dalam institusi terkemuka milik negara seperti Danajamin Nasional Berhad dan Khazanah Nasional Berhad sebelum dilantik sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB pada Julai 2020.
Dalam pada itu, menerusi kenyataan berasingan, Lembaga Pengarah PNB memaklumkan peletakan jawatan Ahmad Zulqarnain Onn setelah berkhidmat selama lebih daripada tiga tahun. Pengumuman mengani pelantikan Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan baharu untuk PNB akan dibuat dalam masa terdekat. – WILAYAHKU