AHLI Parlimen Tanjung Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi hari ini mengisytiharkan menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Dalam kenyataannya, Zulkafperi berkata keputusan yang diambil ini adalah bertujuan untuk memastikan nasib dan pembangunan di kawasan diwakilinya terus terbela termasuk peningkatan infrastruktur dan keperluan setempat.
“Selain itu terdapat keperluan kepada kestabilan politik dan kelancaran pemulihan ekonomi negara disamping menginsafi keperitan dan kehidupan rakyat dengan kos sara hidaup yang menghimpit kini.
“Saya juga ingin menyatakan sokongan kepada dasar dan inisiatif Kerajaan MADANI yang mengutamakan kebajikan, pembangunan, ekonomi dan kepentingan rakyat sehingga pilihanraya umum akan datang,” katanya hari ini.
Tegas Zulkafperi, perisytiharan sokongan kepada Perdana Menteri adalah tanpak paksaan dan tekanan daripada mana-mana pihak.
“Saya lakukan dengan sepenuh hati untuk kepentingan penduduk Tanjung Karang,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa masih setia dengan Bersatu dan tidak akan mengkhianati parti itu, namun bagi memastikan pembangunan di Tanjung Karang mestilah seiring dengan Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Anwar.
sebelum, lima Ahli Parlimen Perikatan Nasional menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.-WILAYAHKU