Berita

Agong selamat jalani rawatan di luar negara

SULTAN Ibrahim dijangka berangkat pulang ke tanah air pada Jumaat ini. Foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
- Diterbit 18 Februari 2025 8:30 PM MYT

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selamat menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’ (otot dan tulang).

Istana Negara memaklumkan perkara itu dalam hantaran yang dimuat naik ke akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menurut kenyataan itu, baginda dijangka berangkat pulang ke Malaysia pada 21 Februari ini.

“Kesakitan berkenaan berlaku akibat latihan ketenteraan intensif dan gaya hidup aktif Seri Paduka Baginda yang gemar bersukan sewaktu muda, terutama bermain polo.

“Sultan Ibrahim bersama Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah bertitah menzahirkan penghargaan tulus ikhlas kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah mengadakan solat hajat dan tidak putus-putus menitipkan doa untuk kesihatan Seri Paduka Baginda,” menurut kenyataan itu.

SULTAN Ibrahim dijangka berangkat pulang ke tanah air pada Jumaat ini. Foto: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Untuk rekod, Istana Negara pada 7 Februari lalu memaklumkan baginda berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas