Berita

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah

TITAH Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim jelas mengingatkan Ahli Parlimen untuk berganding bahu membantu kerajaan menangani kesuraman ekonomi
- Diterbit 15 April 2025 12:25 PM MYT

YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi atas pemergian bekas Perdana Menteri kelima itu.

“Saya dan isteri saya merakamkan ucapan takziah kepada isteri Allahyarham, Tun Jeanne Abdullah dan seluruh keluarga besar Allahyarham.

“Kita berterima kasih atas semua jasa Allahyarham kepada negara. Semoga roh Allahyarham dirahmati dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” titah Seri Paduka.

Abdullah, 85, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur pada pukul 7.10 malam semalam.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas