YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat ke pre-council Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-265 di Istana Negara, hari ini.
Menurut hantaran di Facebook rasmi, Mesyuarat Majlis Raja-Raja akan berlangsung selama dua hari bermula esok.
Mesyuarat itu akan dipengerusikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. – BERNAMA