Berita

Afdlin Shauki terima watikah pelantikan Ahli Lembaga Penasihat DBKL

AFDLIN menerima watikah pelantikan sebagai Ahli Lembaga Penasihat DBKL daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Sr Kamarulzaman, hari ini.
- Diterbit 7 Julai 2023 8:05 AM MYT

PENGERUSI YWP Media Sdn Bhd (WILAYAHKU), Datuk Afdlin Shauki menerima watikan pelantikan sebagai Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Watikah pelantikan ini disampaikan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Sr. kamarulzaman Mat Salleh bertempat di Tingkat 29, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Menurut DBKL, watikah pelantikan ini juga turut diberikan kepada 10 orang Ahli Lembaga Penasihat yang lain bagi menggantikan bagi menggantikan Ahli Lembaga Penasihat yang telah tamat tempoh lantikan.

“Ia terdiri daripada Datuk Seri Dr Mohd Shafei Abdullah, Datuk Seri Izudin Ishak, Datuk Tong Nguen Khoong, Datuk LAr. Ismail Ngah, Datin Rashidah Mohd Sies, Lai Chen Heng, Jayakumar A/L R Muniandy, Tuan Ir. Hayatul Kamil Termudi dan Leong Ooi Kuan.

“Tempoh lantikan Ahli Lembaga Penasihat yang baru ini adalah selama dua tahun bermula daripada tarikh berkuat kuasa lantikan tersebut iaitu pada 15 Mei 2023,”jelas DBKL menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Jelas DBKL, pelantikan tersebut adalah selaras dengan Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 Perkara 6 (1), Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur ditubuhkan untuk menasihati Datuk Bandar berhubung apa jua perkara yang berkaitan dengan pentadbiran Bandaraya sebagaimana yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui perintah.

Dr Abdul Basir V.Kunhimohamed menerima watikah pelantikan daripada Datuk Bandar Kuala Lumpur.

“Dengan pelantikan Ahli Lembaga Penasihat yang baru ini, ianya telah melengkapkan 13 orang Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur yang telah diisi oleh Datuk Abdul Ghani Pateh Akhir dan Datuk Rosida Jaafar.

“Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kesemua Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur yang baru dilantik.,” katanya.

Dalam masa yang sama, watikah pelantikan ini juga turut diberikan kepada Dr Abdul Basir V.Kunhimohamed yang juga merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan.-WILAYAHKU

Berita lain menyusul kemudian. 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas