Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Selebriti

Adira, Datuk Red tiada persefahaman

- Diterbit 28 Jun 2024 4:20 PM MYT

HUBUNGAN pasangan sensasi Adira Suhaimi, 32, dan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red, 46 akhirnya terlerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor pada April lalu.

Sebelum ini, Peguam Syarie, Muhammad Akmal Amzan yang mewakili suami Adira memaklumkan punca penyanyi itu memfailkan perceraian buat kali kedua kerana tiada persefahaman.

Dalam masa sama, Adira juga bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Datuk Red.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan perceraian berikutan tiada persefahaman.

Sebelum ini, Adira pernah memfailkan perceraian pada 2019, namun menariknya semula demi anak-anak.

Adira berkahwin sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan empat orang anak iaitu Anggrek, 6; Asan, 5; Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia setahun.

Perkahwinan Datuk Red dengan isteri pertamanya yang dikenali sebagai Datin Red atau Datin Seri Sharifah Norshafil turut berdepan ujian apabila isteri pertamanya itu memfailkan permohonan saman. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas