Kuala Lumpur

Abadi potret kehidupan jalanan

default
- Diterbit 16 Disember 2024 5:18 PM MYT

Oleh SHUAIB AYOB

FOTOGRAFI Jalanan Malaysia atau lebih dikenali sebagai FJM julung kalinya menganjurkan Pertandingan Fotografi Jalanan di Kuala Lumpur bagi mengeratkan silaturahim dalam kalangan jurugambar seluruh Malaysia.

Aktiviti yang mendapat tajaan utama oleh Sony Malaysia ini berjaya menghimpunkan seramai 130 orang jurugambar.

Pengalaman selama 10 tahun dalam bidang fotografi membawa kejayaan kepada Mohd Hafizol Ramli dari Kuala Lumpur yang muncul juara keseluruhan.

“Saya tak sangka boleh menang kerana peserta yang ada hebat yang terdiri daripada otai foto jalanan. Alhamdulillah peryertaan kali pertama ini membawa rezeki kepada saya dan keluarga‚” ujarnya.

Salah seorang peserta yang dikenali sebagai Rufiah berkata‚ dia mengambil inisiatif untuk terbang dari Sabah ke Kuala Lumpur semata-mata bagi mengikuti program tersebut.

“Hobi saya adalah mengambil foto jalanan di Sabah secara sambilan‚ datang ke sini untuk mencari ilmu fotografi jalanan bersama kawan-kawan dari pelbagai negeri. Saya harap pada masa akan datang FJM akan diadakan di Sabah pula‚” ujarnya.

Lensa Wilayahku sempat merakam aksi para peserta FJM di Kuala Lumpur. – WILAYAHKU

LENSA:

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas