Berita

PTPTN selesai baki pinjaman mangsa nahas bas UUM

PELANGGAN boleh menggunakan perkhidmatan live chat di portal rasmi untuk berhubung terus secara langsung dengan pegawai PTPTN, yang beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang. Kredit foto oleh: Kosmo PELANGGAN boleh menggunakan perkhidmatan live chat di portal rasmi untuk berhubung terus secara langsung dengan pegawai PTPTN, yang beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang. Kredit foto oleh: Kosmo
- Diterbit 29 April 2025 6:20 PM MYT

PERBADANAN Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyelesaikan baki keseluruhan hutang pinjaman mangsa tragedi nahas kemalangan, Manarina Hasya Muhamad Karim, 22, berjumlah RM12, 629.82.

PTPTN dalam kenyataan berkata, peminjam yang merupakan penuntut Universiti Utara Malaysia (UUM) itu layak mendapat penyelesaian keseluruhan hutang pinjaman bagi pengajian
peringkat Ijazah Sarjana Muda selain waris turut menerima khairat
kematian berjumlah RM1,500.

“Melalui Skim Perlindungan Takaful Berkelompok pinjaman pendidikan PTPTN, dapat membantu
meringankan beban yang ditanggung oleh waris peminjam PTPTN.

“Perlindungan takaful berkelompok adalah bertujuan untuk melindungi jumlah pinjaman yang telah dikeluarkan oleh PTPTN kepada peminjam untuk tempoh 24 jam sehari dan meliputi seluruh dunia sekiranya berlaku kematian atau keilatan kekal menyeluruh,” ujarnya.

Selain itu, PTPTN turut menyerahkan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berupa wang tunai berjumlah RM2,000 dan sumbangan kotak makanan kepada waris Allahyarhamah.

Terdahulu, Manarina terlibat dalam tragedi nahas kemalangan melibatkan dua buah bas di hadapan perhentian bas dekat Jalan Persiaran Perdana UUM. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas