Berita

JKM sedang mengesan waris 18 kanak-kanak Rainbow Home

- Diterbit 14 April 2025 6:30 PM MYT

KEMENTERIAN Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan waris bagi kesemua 18 kanak-kanak yang diselamatkan daripada Pusat Jagaan Persatuan Kebajikan

Rumah Pelangi (Rainbow Home) Cheras.

KPWKM dalam kenyataan berkata, kesemua kanak-kanak yang disyaki menjadi mangsa penderaan itu telah selesai menjalani pemeriksaan kesihatan oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) di Hospital Kajang.

“Mereka telah dirujuk kepada Pegawai Psikologi/Kaunselor bagi tujuan penilaian awal tahap psikologi
mereka.

“Suatu perintah interim di bawah Akta Kanak – Kanak 2001 telah dimohon dalam Mahkamah Bagi Kanak-Kanak (MBKK) dan laporan sosial serta laporan pemeriksaan kesihatan kanak-
kanak tersebut juga akan dibentangkan dalam MBKK.

“Sehingga kini, kanak-kanak tersebut telah ditempatkan di sebuah rumah kebajikan kanak-kanak yang lain untuk sementara waktu,” ujar kenyataan itu.

Sehubungan itu, waris kanak-kanak yang diselamatkan tersebut boleh berhubung terus dengan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Hulu Langat di talian 03-8739 5070 atau hadir ke PKMD Hulu Langat di Lot 2-58, Kompleks Hentian Kajang.

“KPWKM dengan semangat Ihsan Kerajaan MADANI sentiasa prihatin dan akan memastikan kebajikan kanak-kanak ini terpelihara,” ujarnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas