Berita

EAIC mohon kerjasama kesan saksi penting bantu siasatan

- Diterbit 11 April 2025 12:30 PM MYT

SURUHANJAYA Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sedang mengesan dua orang saksi penting bagi membantu siasatan dalam kes yang sedang dijalankan oleh pihak EAIC.

EAIC dalam kenyataan berkata, kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat dipohon untuk menghubungi pihak EAIC dengan kadar segera.

“Kedua-dua saksi tersebut adalah Faisal A. Hamid, nombor kad pengenalan, 740916-01-5469 dan Khairullah Ahmad, nombor kad pengenalan, 710219-01-6231.

“Maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Abdul Faizzani Abdul Aziz yang boleh dihubungi di talian 019-232 5569,” kata kenyataan itu.

Tambah EAIC, kerjasama daripada orang awam amat dihargai bagi membantu kelancaran proses
siasatan serta menyokong usaha EAIC dalam memastikan integriti dan akauntabiliti agensi penguatkuasaan di negara ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas