Berita

Hujan lebat hampir seluruh negara hingga 5 petang ini

Gambar hiasan
- Diterbit 6 April 2025 3:15 PM MYT

AMARAN ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku kebanyakan kawasan di seluruh negara sehingga pukul 5 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) amaran itu melibatkan Kedah (Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

“Amaran sama turut dikeluarkan bagi Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman), Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin), Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

“Selain itu, ia turut melibatkan Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Rembau), Melaka, Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang) serta Sarawak membabitkan  Sibu (Kanowit), Kapit (Song dan Belaga), Miri dan Limbang.

“Pada masa sama, keadaan itu dijangka berlaku di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau), Pantai Barat (Papar), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas