YANG di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli di lokasi insiden kebakaran paip gas Putra Heights.
Baginda tiba kira-kira pukul 9.40 pagi disambut Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Sultan Ibrahim turut meluangkan masa mendengar taklimat yang disampaikan Amirudin dan seterusnya menyantuni mangsa-mangsa di Taman Putra Harmoni. – WILAYAHKU