PENYANYI rap yang juga anggota kumpulan Nico G, Nico, 52, meninggal dunia dalam tidur di Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 11 malam tadi.
Berita duka itu dikongsikan oleh bekas pengurusnya, Ayob Abd Majid.
Menurut Ayob, dia mendapat panggilan kira-kira jam 11.15 malam memberitahu arwah Nico atau nama sebenarnya Abdul Fashah Abdul Aziz sudah meninggal dunia.
Mengulas punca kematian, Ayob berkata, dia tidak pasti, namun keluarga meminta menunggu keputusan proses bedah siasat, pagi ini.
Nico mencipta populariti bersama kumpulan Nico pada awal 1990-an yang turut dibarisi Affa dan Dino.
Mereka pada asalnya menggunakan nama Nico atau Network International Chicanos Organization juga dikenali menerusi lagu Inilah Nasibku pada 1993. – WILAYAHKU