Berita

Amaran ribut petir, hujan lebat di 7 negeri sehingga 1 tengah hari

- Diterbit 4 April 2025 11:30 AM MYT

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri sehingga 1 tengah hari.

MetMalaysia memaklumkan amaran itu melibatkan Kedah iaitu di Langkawi, Kuala Muda, Sik dan Baling, serta daerah Hulu Perak di Perak.

“Amaran sama turut diramalkan berlaku di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai); Terengganu; Pekan dan Rompin di Pahang  serta di Johor (Segamat, Mersing dan Kota Tinggi).

“Ia turut melibatkan Sabah iaitu di kawasan Telupid, Beluran dan Sandakan serta Kudat (Kota Marudu),” katanya dalam satu kenyataan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas