Berita

Video tular anggota JPJ tahan penunggang motosikal insiden lama

- Diterbit 30 Mac 2025 3:00 PM MYT

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan sebuah video berdurasi kira-kira empat minit yang memaparkan dua anggotanya menahan seorang penunggang motosikal sebagai kejadian terbaharu, sebaliknya mengesahkan insiden itu berlaku pada tahun 2020.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata tindakan tatatertib telah diambil terhadap kedua-dua anggota terbabit.

“Saya menyeru orang ramai supaya tidak menyebarkan atau membuat sebarang spekulasi berkaitan video berkenaan.

“Pihak JPJ telah bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk menghentikan penyebaran video itu dan tindakan yang sewajarnya.

“Orang ramai dinasihatkan menyemak terlebih dahulu dengan pihak JPJ bagi mendapatkan maklumat lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas