Berita

Tayang beli barang kemas 15 kilogram, pempengaruh Anes Ayunie dituduh riak!

- Diterbit 28 Mac 2025 9:50 PM MYT

PEMPENGARUH dan usahawan Anes Ayunie mengejutkan ramai pihak apabila dengan selamba membeli koleksi barangan kemas dengan jumlah berat 15 kilogram (kg).

Bagaimanapun, tindakan Ayunie atau nama sebenar Anes Ayunie Osman, 23, itu mengundang kecaman dalam kalangan netizen yang menyifatkan dirinya sengaja dan mahu menunjuk-nunjuk.

MEMBELI emas sebanyak 15 kilogram mengundang kecaman terhadap Ayunie yang dituduh menunjuk-nunjuk

Menerusi video itu, Ayunie menyatakan keinginannya untuk membeli emas dalam kuantiti yang besar berikutan kebimbangannya terhadap kenaikan harga emas pada masa hadapan.

Sebelumnya Ayunie ingin membuat pembelian emas tersebut secara peribadi dan tertutup.

“Saya nak emas dalam 15kg. Sebab saya ini takut harga emas naik lepas hari ni. Jadi nak ‘lock’ terus 15kg,” katanya.

TAYANG barang kemas, Ayunie dituduh sengaja mahu menunjuk-nunjuk

Namun begitu, pada hari tersebut, hanya 6kg emas sahaja yang dapat dibeli, manakala bakinya akan diperoleh pada keesokan harinya.

Anggaran jumlah bayaran bagi pembelian emas seberat 6kg tersebut adalah RM2.5 juta.

Selain itu, Ayunie turut dilihat teruja memilih beberapa barangan kemas lain semasa proses pembelian berlangsung.

Pembelian emas dalam kuantiti yang besar oleh Ayunie ini menggambarkan keyakinannya terhadap pelaburan emas sebagai aset jangka panjang. – WILAYAHKU

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas