Berita

KPM proaktif bangunkan sekolah daif

- Diterbit 26 Mac 2025 11:00 PM MYT

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) proaktif memastikan isu sekolah daif ditangani segera menerusi pelaksanaan inisiatif projek pembangunan semula bangunan sekolah daif di seluruh negara.

KPM memberitahu sebanyak 1,175 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif telah diluluskan pembinaannya dengan kos keseluruhan bernilai lebih RM12.47 bilion.

“Sehingga bulan Mac 2025, sebanyak 739 projek pembangunan semula
bangunan sekolah daif telah siap sepenuhnya, merangkumi 258 projek
di Sarawak, 229 projek di Sabah dan 252 projek di negeri-negeri di
Semenanjung Malaysia sera sebanyak 203 projek sedang dalam
pembinaan manakala 233 projek lagi berada pada peringkat prabina,” jelasnya dalam kenyataan.

Tambahnya, pada tahun 2025, Kerajaan MADANI telah meluluskan pembinaan sebanyak 122 projek pembangunan semula bangunan sekolah daif baharu di seluruh negara.

“Ia adalah merupakan jumlah kelulusan tertinggi dalam tempoh lima tahun terakhir. KPM sentiasa berusaha memastikan akses pendidikan terbaik dapat disediakan demi manfaat murid dan seluruh masyarakat,” ujarnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas