PENYEDIA perkhidmatan e-hailing tempatan, GV Ride melancarkan kempen Free Rides Subang atau tambang percuma sepanjang April ini kepada penduduk dan pengunjung di sekitar Subang Jaya.
Ketua Pegawai Eksekutif GVV, Kabeer Singh Maand berkata,
promosi itu diumumkan susulan sambutan hangat daripada penduduk Subang Jaya selepas pelancaran kempen Free Rides Subang – Petaling Jaya – Kajang.
“Sambutan luar biasa dari masyarakat Subang Jaya mendorong pihak syarikat untuk melanjutkan tawaran promosi tambang percuma khusus di Subang Jaya sepanjang bulan April ini.
“Langkah ini diambil sebagai penghargaan atas sokongan yang diberikan di samping memperkenalkan perkhidmatan e-hailing tempatan yang lebih selamat dan berkualiti.
“Kempen Free Rides Subang ini berlangsung dari 1 April hingga 30 April ini merupakan sebahagian daripada inisiatif GV Ride 1 Million Free Ride Kempen, yang bertujuan menggalakkan lebih ramai pengguna mencuba perkhidmatan mereka,” katanya.

Ujarnya, cara untuk mendapatkan perjalanan percuma adalah dengan memuat turun aplikasi GV Ride melalui Google Play Store atau Apple App Store.
“Pengguna perlu lengkapkan pendaftaran sebagai penumpang, tempah perjalanan seperti biasa, dengan syarat lokasi penjemputan berada di dalam kawasan Subang Jaya.
“Setiap pengguna layak untuk satu perjalanan percuma sehari, dengan had tambang percuma maksimum sebanyak RM30 termasuk tol. Jika tambang melebihi RM30, penumpang perlu membayar baki selebihnya kepada pemandu,” katanya.
Tambahnya lagi, promosi itu terhad kepada jumlah subsidi RM500,000 dan akan berakhir sebaik sahaja peruntukan ini digunakan sepenuhnya.
“Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari www.gvcarventures.com, atau menghubungi talian +6012-500 3217,” katanya.
GV Ride ialah penyedia perkhidmatan e-hailing tempatan yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan yang selamat dan mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat.
Dengan aplikasi mesra pengguna dan pemandu berpengalaman, GV Ride komited dalam memberikan pengalaman perjalanan terbaik kepada pelanggan mereka.
Terdahulu, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) merangkap Ahli Dewan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Ng Sze Han merasmikan majlis pelancaran yang diadakan pada Februari. – WILAYAHKU