Berita

Warga emas maut dalam kebakaran rumah

- Diterbit 24 Mac 2025 12:50 PM MYT

SEORANG lelaki warga emas berusia 53 tahun maut dalam kebakaran di Kampung Lubok Temiang, Simpang Mat Isa, awal pagi Isnin.

Mangsa yang dikenali sebagai Usman Tuah dipercayai tinggal bersendirian di rumah kediaman tersebur dan ditemui berada di liar rumah itu dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian kebakaran yang melibatkan sebuah rumah jenis kekal berkeluasan 30 kali 20 kaki persegi yang musnah terbakar sepenuhnya.

Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadiann itu pada pukul 2.20 pagi dan seramai 21 anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi sekitar lapan minit kemudian.

“Setiba Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi kejadian, pihak bomba mendapati terdapat seorang mangsa tidak sedarkan diri berada di luar rumah yang terbakar.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Labuan. Operasi berjaya dikawal sekitar pukul 3.00 pagi,” jelas kenyataan itu.

JBPM turut memaklumkan punca kebakaran masih dalam siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tersebut untuk melaporkan di balai polis berdekatan. -WILAYAHKU.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas