MITEC percaya pada kuasa memberi, raikan hampir 100 kanak-kanak pada acara buka puasa
Serimah
Dikemaskini 17 Mac 2025
- Diterbit 17 Mac 2025 4:00 PM MYT
PUSAT Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) meraikan hampir 100 kanak-kanak daripada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mary KL dan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Asnaf Teratak Ummi pada majlis berbuka puasa baru-baru ini.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan MITEC, Richard Teo, berkata majlis itu bertujuan untuk menyebarkan kegembiraan serta sebagai tanda sokongan buat kanak-kanak kurang bernasib baik terutama di bulan mulia ini.
“Ini merupakan acara yang sangat istimewa buat MITEC apabila dapat meraikan anak-anak daripada tiga pertubuhan ini.
“Pada hari ini pasukan kami telah merancang aktiviti khas untuk memberikan mereka pengalaman Ramadan yang tidak akan dilupakan dalam suasana yang berprestij.
“Selain membolehkan mereka merasai kehangatan dan keajaiban berada di tempat acara bertaraf dunia,” katanya.
MITEC turut menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada setiap pertubuhan berkenaan, manakala kanak-kanak yang diraikan pada malam itu turut menerima sumbangan duit raya.
Pada majlis itu, MITEC turut menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada setiap pertubuhan berkenaan, manakala kanak-kanak yang diraikan pada malam itu turut menerima sumbangan duit raya.
Acara berbuka puasa itu juga selari dengan komitmen pengurusan MITEC iaitu Qube Integrated Malaysia Sdn Bdn (Qube) dalam menjalankan tanggungjawab sosial dan pemerkasaan komuniti serta mengukuhkan lagi peranan MITEC sebagai lokasi acara bertaraf dunia.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MITEC, Mala Dorasamy, meluahkan kesyukuran apabila dapat membawa senyuman kepada anak-anak kurang bernasib baik itu.
“Kami merasa amat bertuah apabila dapat meraikan anak-anak yang sangat memberikan inspirasi ini serta memberikan mereka pengalaman menyeronokkan.
“Di MITEC kami sangat percaya kepada kuasa memberi serta dapat mengukuhkan lagi ikatan serta menyatukan kita sebagai masyarakat,” katanya.-WILAYAHKU
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas