Berita

CIMB senarai 29 mesin ATM keluarkan wang kertas RM10

- Diterbit 17 Mac 2025 3:00 PM MYT

CIMB menyenaraikan lokasi 29 mesin ATM di seluruh negara yang boleh digunakan untuk mengeluarkan wang kertas RM10, terutama menjelang Aidilfitri ini.

Menurut bank tersebut, pengeluaran wang kertas itu boleh dilakukan bermula hari ini (17 Mac) sehingga 31 Mac.

Senarai lokasi tersebut disiarkan menerusi laman sesawang bank berkenaan.

Lokasi tersebut adalah di cawangan Kluang, Kulai Jaya, Segamat, Johor; Jalan Kampung Baru, Sungai Petani selain Kulim dan Mergong, Kedah.

Lokasi lain, Dungun, Terengganu; Pasir Mas, Kubang Kerian, Kelantan; Kota Laksamana, Melaka; Jalan dato Bandar Tunggal, Seremban dan Taman Semarak, Nilai, Negeri Sembilan.

Selain itu di Jerantut, Pahang; Jalan Mahsuri, Bayan Baru dan Pusat Bandar Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Di Perak, lokasinya adalah di Jalan Pasar, Teluk Intan dan Kuala Kangsar serta di cawangan Kangar, Perlis.

Di Sabah melibatkan cawangan Lahad Datu dan di Riverson, Kota Kinabalu selain Miri Times Square dan Jalan TAR, Kuching, Sarawak.

Cawangan di Selangor melibatkan lima lokasi iaitu Plaza Azalea, Shah Alam; Taman Seri Gombak; Teluk Panglima Garang; Cyberjaya dan Kajang.

Turut tersenarai adalah cawangan di Sungai Besi dan Menara CIMB KL Sentral. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas