MALAYSIA mengulangi komitmennya untuk memupuk perpaduan, daya tahan ekonomi dan pembangunan mampan dalam keluarga Komanwel demi masa depan yang lebih baik untuk semua.
Menurut Wisma Putra, komitmen itu selaras dengan sambutan Hari Komanwel yang disambut bersama 55 negara Komanwel, hari ini.
Bertemakan ‘Together We Thrive’ katanya, ia memaparkan kerjasama erat yang berterusan antara negara Komanwel dalam memperkukuh nilai dan prinsip bersama.
“Malah ia juga satu komitmen untuk mencapai pembangunan yang inklusif dan mampan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Wisma Putra menambah, sambutan tahun ini juga signifikan dengan peningkatan hubungan Malaysia-United Kingdom kepada perkongsian strategik.
Ini katanya, susulan lawatan kerja Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke United Kingdom pada 14-19 Januari lalu. – WILAYAHKU