Berita

Rakyat Malaysia dinasihat tangguh perjalanan tidak penting ke Yala, Narathiwat dan Pattani

WISMA Putra Kementerian Luar Negeri Malaysia
- Diterbit 9 Mac 2025 7:15 PM MYT

KEMENTEERIAN Luar Negeri menasihati warganegara Malaysia yang akan dan sedang berada di wilayah Yala, Narathiwat dan Pattani, Thailand dinasihatkan mengambil langkah berhati-hati dan sentiasa berwaspada susulan beberapa insiden keselamatan baru-baru ini.

Kementerian itu dalam satu kenyataan, berkata pihaknya melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, sedang memantau rapat situasi di tiga wilayah berkenaan.

“Mengambil kira perkembangan terbaharu ini, warganegara Malaysia yang akan dan sedang berada di ketiga-tiga wilayah itu dinasihatkan mengambil langkah berhati-hati dan berwaspadaz

“ Kementerian juga meminta semua warganegara Malaysia untuk menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke wilayah-wilayah berkenaan buat masa ini.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, warganegara Malaysia yang berada di wilayah berkenaan adalah dinasihatkan untuk mendaftarkan keberadaan dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla,” ujar kenyataan itu.

Sekiranya berlaku kecemasan, warganegara Malaysia boleh berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla melalui alamat: No. 4, Sukhum Road Muang District Songkhla Province Thailand; nombor telefon: +6674 311 062 /+6674 316 274 dan +6693 657 0707 (kecemasan sahaja) selain email, [email protected] -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas