Berita

DBKL tukar khemah peniaga Bazaria Taman Setapak Indah yang rosak akibat angin kencang

- Diterbit 9 Mac 2025 2:39 PM MYT

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil tindakan segera mengalihkan khemah yang rosak dalam kejadian angin kencang di Bazar Ramadan Bazaria Taman Setapak Indah, semalam.

Kejadian berkenaan menyebabkan beberapa khemah peniaga rosak akibat dihempap khemah petugas yang diterbangkqn angin.

“DBKL sudah berbincang dengan peniaga bagi mencari penyelesaian terbaik.

“Peniaga yang terbabit dalam insiden angin kencang itu menyuarakan keperluan untuk mendapatkan khemah baharu dan mencadangkan agar khemah dirapatkan bagi mengelakkan kejadian sama berulang,” ujar DBKL dalam satu kenyataan.

Sebagai langkah susulan, penukaran khemah petugas sudah pun dilakukan bagi memastikan kelancaran operasi bazar.

DBKL sentiasa komited dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan peniaga serta pengunjung. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas