Berita

Harga runcit RON97, diesel turun 5 sen

- Diterbit 5 Mac 2025 6:00 PM MYT

HARGA runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun sebanyak 5 sen bagi tempoh 6 sehingga 12 Mac 2025.

Kementerian Kewangan berkata ia adalah seiring dengan perubahan harga pasaran minyak.

“Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism, harga runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 5 sen kepada paras RM3.38 seliter.

“Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan sebanyak 5 sen kepada paras RM3.13 seliter manakala harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

“Bagaimanapun harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas