Berita

Amira nafi keluarga Fattah datang merisik

- Diterbit 24 Februari 2025 8:25 PM MYT

PENYANYI Amira Othman, 32, menafikan keluarga Fattah Amin datang ke rumah keluarganya di Johor Bahru, Jumaat lalu untuk merisik.

Menurut Amira, khabar angin itu timbul mungkin susulan tersembar gambar dia berbaju putih hingga disangka melangsungkan pertunangan.

“Saya pun tidak tahu bagaimana cerita itu boleh timbul. Ada yang kata mereka nampak saya memakai baju putih pada Jumaat lalu, sedangkan saya memang suka pakai baju putih.

“Saya terkejut sebab tak tahu dari mana datangnya khabar angin itu.

“Tapi saya faham ada peminat yang teruja dengan spekulasi itu,” katanya yang ditemui di majlis kempen Ramadan Raya Indahkan Memori Media Prima di sini, hari ini.

Sementara itu, Amira berkata dia tidak merasa terganggu dan tenang apabila sering dikaitkan dengan Fattah.

Ini kerana katanya, dia yang memulakan dengan gimik pelancaran single Bila Nak Kahwin, justeru dia sudah bersedia dengan implikasinya.

“Tidak timbul soal rimas, kerana saya dah jangka kesannya.

“Saya tenang saja menghadapinya kerana gosip tersebut tidak betul,” katanya lagi. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas