Berita

SPRM tahan empat pegawai bekas PM

Foto: BERNAMA
- Diterbit 23 Februari 2025 4:59 PM MYT

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan mantan Perdana Menteri dan mendapatkan perintah reman ke atas mereka di Mahkamah Putrajaya.

Sumber memberitahu, perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula Jumaat (21 Februari) untuk tiga individu, manakala seorang lagi diberi reman selama tiga hari dan dilepaskan hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan perkara ini disiasat di bawah Seksyen 16a.

“Kami memohon agar pihak SPRM diberikan ruang untuk menjalankan siasatan tanpa sebarang spekulasi,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas