Berita

Siti Saleha sah isteri pereka fesyen, Joshua Fitton

- Diterbit 15 Februari 2025 12:00 PM MYT

PELAKON Siti Saleha kini sah bergelar isteri kepada pereka fesyen, Joshua Fitton dengan sekali lafaz pukul 9 pagi tadi.

Pasangan ini memilih pusat peranginan di Janda Baik, Pahang sebagai lokasi pernikahan.

Perkara itu dikongsikan oleh penata rambut atau ‘hairstylist’ yang menyiapkan aktres berusia 35 tahun itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, Saleha yang mengenakan busana serba putih dilihat duduk di atas pelamin dan menadah tangan menandakan akad nikah sudah selesai.

Joshua pula, tampan dalam persalinan baju Melayu putih lengkap bersampin dan bersongkok.

Difahamkan, majlis pernikahan pasangan itu diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Pada November tahun lalu, Saleha mendedahkan sudah bertunang dengan Joshua  selepas dua tahun mereka menjalin hubungan istimewa.

Untuk rekod, Saleha pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun. Bagaimanapun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas